Isnin, 12 November 2012

Ceramah "Kemahiran Komunikasi Keluarga" di Maktab PDRM

Satu Program Ceramah Pemantapan Institusi Kekeluargaan Islam telah diadakan bertempat di Maktab PDRM Cheras. Ceramah ini diadakan bertujuan bagi memperkasakan institusi kekeluargaan Islam di kalangan kakitangan kerajaan khususnya kepada penjawat penjawat awam di dalam Jabatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kemahiran Komunikasi Keluarga". Beliau menyampaikan ceramah dalam masa dua jam dalam keadaan serta suasana yang sangat bertenaga dan ceria.

Beliau dengan gaya bersahaja nyata berjaya menarik minat serta perhatian pendengar dari mula hingga lah ke akhir ceramah.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: