Rabu, 28 November 2012

Ceramah Motivasi Sukan untuk athlit Hotel Royal Bintang, Seremban

27 November 2012, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan khusus buat athlit-athlit yang bakal mewakili pasukan Hotel Royal Bintang, Seremban di acara sukan tahunan antara pasukan Hotel Royal Bintang seluruh Malaysia yang bakal diadakan pada 27 dan 28 November 2012 di Kompleks Sukan di Damansara, Kuala Lumpur.

Para athlit dijangkakan akan menginap di Hotel Royal Bintang, Damansara (berhampiran dengan The Curve, Damansara).

Ceramah Motivasi bagi membakar semangat para athlit ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau di dalam ceramahnya mengingatkan para athlit agar bersungguh-sungguh di dalam acara masing-masing demi menaikkan nama Hotel Royal Bintang, Seremban dan juga mananamkan sikap dan pemikiran positif kerana hanya dengan pemikiran positif sahaja, kejayaan boleh dicapai oleh para peserta.

Turut sama hadir ke program ini adalah En Mashor Din, General Manager kepada Hotel Royal Bintang, Resort & Spa, Seremban.

Dengan ini EDITOR mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Kontinjen Sukan Hotel Royal Bintang Seremban di dalam berjuang mengharumkan nama dan menggilap kejayaan dengan cemerlang !!

En Mashor Din (GM) tekun berbincang dengan Sdr Syamsul sebelum ceramah bermula
Pn Azizah bertindak selaku Pengacara Program
Di antara athlit-athlit yang berkesempatan hadir
En Muhammad Ruslee Hj. Ujang, Financial Controller, Hotel Royal Bintang Seremban, ketika menyampaikan ucapan alu-aluan
En Mashor Din menyampaikan amanat kepada para athlit seblum berjuang di medan sukan membawa nama Hotel Royal Bintang, Seremban
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden ADAM memulakan ceramah Motivasi nya untuk sekelian athlit yang terlibat
En Mashor Din turut mendengar dengan fokus
Para peserta nyata ceria dengan ceramah yang disampaikan

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: