Khamis, 8 November 2012

Sdr Syamsul Dilantik Menjadi Ketua Hakim Debat ASEAN!!!

Pada 27 hingga 30 Oktober 2012, telah berlangsungnya Pertandingan Debat Pendidikan Islam Universiti ASEAN (PENDEPIS). Di dalam program ini Sdr Syamsul telah dipilih menjadi Ketua Hakim bagi Pertandingan ini. Program ini berlangsung di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam. Menerusi Pertandingan ini para pendebat boleh bertukar-tukar idea dan pandangan menerusi meja perdebatan.

Di dalam Pertandingan ini USIM mengungguli dengan menewaskan lawan mereka iaitu Pasukan KUPUSB di Pertandingan Akhir.

Berikut dikongsikan serba sedikit pengalaman Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) selaku Ketua Hakim di sana.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah di atas perlantikan selaku Ketua Hakim ini.

Suasana di luar bilik hotel
Menu sarapan di Charcoal Cafe di Hotel Le Galleries di mana Sdr Syamsul menginap
Pentas utama di mana taklimat hakim disampaikan oleh Sdr Syamsul
Ustaz Mazne dari KUPUSB selaku Pengerusi Jemaah Kehakiman
Ikhwan dari USIm ketika beraksi di dalam Demonstrasi Debat
Menikmati makanan tradisional Brunei iaitu "Ambuyad". Sedap juga katanya...
Menyertai Program Korban di KUPUSB
Suasana di peringkat saringan
Sdr Syamsul bergambar bersama kesemua hakim di bilik perbincangan hakim
Suasana ketika makan malam di Restoran Big Pappas
Pemandangan Masjid Sultan Hassanal Bolkiah di waktu malam
Di sinilah Hotel Le Galleries di mana Sdr Syamsul menginap
Suasana Pentas Final di Pusat Dakwah Brunei Darussalam
Suasana ketika Raptai Pertandingan Akhir
Suasana Masyarakat di Kampung Air
Check-in di Airport Brunei untuk berlepaas pulang ke Kuala Lumpur
Sdr Syamsul bergambar bersama Ustaz Roslan dan Ustaz Manan daripada KUPU SB di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam sebelum berlepas pulang ke Malaysia

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: