Rabu, 28 November 2012

Program Citra Ibadah 2012 di IKBN Chembong

25 November 2012, Rembau : Setelah bertungkus lumus berseminar selama dua hari akhirnya Program Citra Ibadah telah melabuhkan tirainya menerusi Majlis Penutupan Program Citra Ibadah 2012. Program selama dua hari ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Sdr IKhwan, Sdr Hamizan, Sdr Shah Izzad dan Sdr Ikmal. Mereka berempat telah mengendalikan program Citra Ibadah yang melibatkan kira-kira lebih 100 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong, Rembau.

Majlis Penutupan program telah berlangsung pada jam 11.00 pagi dengan disempurnakan majlis penutupannya oleh Tuan Pengarah IKBN Chembong. Turut hadir sama ke majlis ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) selaku penyelaras program ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah dirakamkan di sepanjang majlis penutupan program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: