Isnin, 19 November 2012

Ceramah Motivasi "Ombak Rindu" di Kg. Temeris (Album 1)


18 November 2012, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan bertajuk "Ombak Rindu : Kemahiran Komunikasi Keluarga" telah diadakan bertempat di Masjid Kg. Temeris, Kuala Pilah. Program ini telah berlangsung mulai jam 7.30 malam (selepas Maghrib) hinggalah ke jam 9.30 malam.

Program ini diadakan bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah bagi tahun 1434 Hijrah. Turut hadir ke program ini adalah En. Omar bin Mohd Saat (Nazir Masjid Kg, Temeris merangkap Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kg. Temeris), Tn. Hj A. Karim bin Ismail (Imam 1 Masjid Kg. Temeris), Tn Hj Mohd Yunos Abdullah (Pengerusi JKKK Kg. Temeris), En Roshidi (Jabatan Penerangan Kuala Pilah), Ustaz Khidir bin Mansor (Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah) dan juga Tn Hj Hussin bin Kardi (Setiausaha Masjid Kg. Temeris).

Penceramah undangan kali ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau yang sememangnya acapkali diundang di banyak program ceramah dengan tajuk popular "Ombak Rindu" ini nyata seperti biasa berjaya mencuri tumpuan para jemaah Masjid yang berkesempatan hadir bagi mendengar ceramah ini.

Maka dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan seluruh Jawatankuasa Masjid Kg. Temeris di atas inisiatif, usaha serta kejayaan melaksanakan program yang cukup bermakna seumpama ini.

Bersama dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.

(Album 1)


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: