Isnin, 12 November 2012

Motivasi Pelajar SM Vokasional Ampangan

Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khas buat para pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Vokasional Ampangan, Seremban. Ceramah ini telah berlangsung selama dua jam dengan tajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan".

Ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Menerusi ceramah ini para pelajar didedahkan tentang peri pentingnya menimba ilmu demi mencapai kejayaan yang gemilang di masa hadapan baik di dalam pembelajaran, kerjaya mahupun kehidupan.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: