Khamis, 24 Januari 2013
Ceramah Maulidur Rasul di Kementerian Pertanian, Putrajaya
24 Januari 2013, Putrajaya : Satu Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1434 Hijrah telah diadakan bertempat di Dewan Besar, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Putrajaya. Ceramah ini di adakan khusus buat sekelian kakitangan di Kementerian ini. Dianggarkan kira-kira lebih 300 orang kakitangan yang telah berkesempatan menghadiri Program Ceramah Perdana ini.
Turut hadir sama ke program ini adalah YBhg Dato' Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian & Asas Tani. Beliau juga telah berkesempatan menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua yang hadir sebelum Ceramah Perdana bermula.
Penceramah undangan bagi program Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1434 Hijrah ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Menyusuri Konsep Wasatiyyah di Dalam Kehidupan Nabi Muhammad SAW". Beliau menyampaikan ceramah bermula dari jam 9.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
ceramah yg sgt terbaik dr mule hingga akhir ceramah x sempat nk rehat dr bergelak sepanjang mase...tq so much...
Terima kasih banyak di atas sokongan anda. Mudah mudahan ini menjadi tonik dan pembakar semangat untuk saya berceramah dengan lebih baik lagi di masa akan datang. Mudah mudahan isikandungannya dapat sama sama kita manfaatkan.
Wassalam.
- Syamsul -
satu sessi ceramah yang tak membosankan...di samping gelak tawa peserta, penceramah masih dapat mengawal emosi peserta ketika bercerita mengenai kehebatan rasullullah s.a.w.....terima kasih tak terhingga kepada penganjur .....
Assalamualaikum En Syamsul..
Bila tengok gambar² ni terus teringat ceramah tempoh hari..saya happy dan tak jemu mendengar ceramah tuan. Mesej yang diberikan pon amat berguna. Mudah²an tuan sukses dalam apa yang tuan lakukan. Jemput la datang ke MARDI untuk berceramah ya.
Terima kasih.
saya nak minta izin nak save gambar saya boleh tak?
Tq :)
assalamualaikum
terbaik... untuk saudara
tak jemu sy mendengar. 3 jam ceramah pun sy sanggup dengar...pengisian yang bagus untuk saya
Assalamualaikum Puan Nadia Nuramina,
Terima kasih di atas komen-komen yang diberikan. Insya Allah saya akan sentiasa memperbaiki mana mana kekurangan di dalam ceramah saya di masa masa akan datang. Insya Allah kalau berkelapangan, saya tiada masalah untuk berceramah di MARDI pula. Berkaitan gambar, insya Allah tiada sekatan yang dibuat, pihak Puan boleh untuk 'save' kan untuk kegunaan dan simpanan Puan Nadia.
Sekian dan terima kasih. Moga ketemu lagi di lain masa.
- Syamsul -
da bestttt la..
Catat Ulasan