Isnin, 28 Januari 2013

Taklimat Pertandingan Debat Piala Rektor UiTM Melaka 2013

25 Januari 2013, Alor Gajah : Satu Pertandingan Debat Piala Rektor UiTM Melaka telah dianjurkan pada 25 Januari 2013 hingga 27 Januari 2013. Program ini dianjurkan oleh Kelab Debat dan Orator, UiTM Melaka. Semua pertandingan berlangsung di Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah.

Program telah dimulakan dengan sesi Taklimat Peraturan dan Pertandingan Debat Ala Parlimen. Program ini telah berlangsung mulai jam 8.30 malam hingga ke jam 10.30 malam bertempat di Dewan Kuliah 1. Taklimat ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Alumni UiTM Melaka Kampus Alor Gajah ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang Taklimat tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: