Isnin, 28 Januari 2013

Ceramah Maulud Nabi di Rumah Seri Kenangan (RSK) Seremban

26 Januari 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1434 Hijrah telah diadakan bertempat di Dewan Utama, Rumah Seri Kenangan (RSK) di sini. Program tahunan ini mendapat sambutan yang baik terutama daripada beberapa agensi yang bernaung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga daripada kalangan penghuni-penghuni warga emas di RSK ini.

Teurut hadir ke program ini adalah Tn Hj Harunarrsheed bin Mohd Ibrahim, Penguasa Rumah Seri Kenangan, Seremban. Penceramah undangan pada tahun ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: