Isnin, 28 Januari 2013

Ceramah Motivasi Pelajar di Pagoh (Album 1)

26 Januari 2013, Pagoh : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Panjang Sari, Pagoh, Johor Darul Takzim. Program ini melibatkan calon-calon pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2013 ini. Sebahagian besar pelajar ini terdiri daripada pelajar Sekoleh Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Riayat Shah, PagohProgram ini telah dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan". Ceramah beliau telah dilangsungkan mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Dengan ini EDITOR ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah buat ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara (KULN) di atas inisiatif serta usaha murni menjayakan program-program seperti ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.

Ceramah Motivasi
Khusus Buat Calon-Calon SPM dan STPM 2013
26 Januari 2013
Bertempat di Sekolah Kebangsaan Panjang Sari, Pagoh
Johor Darul Takzim

(Album 1)



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: