Isnin, 14 Januari 2013

Motivasi Pelajar di Sekolah Seri Seremban

09 Januari 2013, Seremban : Satu Program Motivasi Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Seri Seremban di sini. Program ceramah selama 2 jam ini telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Seri Seremban.

Program ini turut dihadiri oleh guru-guru sekolah yang ingin turut serta berkongsi tips tips yang disampaikan oleh penceramah.

Penceramah yang telah diundang ke Program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Mengenali Potensi Diri". Pelbagai tips-tips serta panduan untuk mencapai kejayaan di dalam pembelajaran dan kehidupan telah beliau kongsikan bersama para pelajar yang berkesempatan hadir.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: