Isnin, 28 Januari 2013

Masscom Juara Debat Piala Rektor UiTM Melaka 2013 !!!

27 Januari 2013, Alor Gajah : Pasukan Masscomm A telah berjaya menjadi Juara Pertandingan Debat Piala Rektor UiTM Melaka 2013 apabila berjaya menumpaskan pasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah di pertandingan akhir.

Namun, Masscomm tidak menerima laluan mudah apabila ditentang sengit oleh pasukan MRSM Alor Gajah di pertandingan akhir. Masscomm menumpaskan pasukan MRSM Alor Gajah dengan juri 3:2 dengan margin 1.333 (tipis).

Slot pertandingan akhir ini telah diadili oleh lima orang hakim yang terdiri daripada Alumni Debat UiTM Melaka iaitu Sdr Hidayat Mohd Sauffi, Sdri Nada Aimi, Sdr Amer Faizal, Sdr Mohd Shain dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang bertindak selaku Ketua Hakim.

Di dalam edisi kali ini Sdr Zarul Sukri daripada pasukan Masscomm telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan dan Sdr Muhamad Khairuddin daripada pasukan MRSM Alor Gajah telah dipilih sebagai Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir. Pasukan MRSM Alor Gajah benar-benar telah mencuri perhatian kerana berjaya layak ke Pertandingan Akhir meskipun bertaraf pasukan sekolah dan merupakan pasukan jemputan buat kali pertama pada tahun ini.

Turut hadir ke pertandingan akhir ini adalah Pn Raha, iaitu Penasihat Kelab Debat dan Orator UiTM Melaka  di mana beliau juga telah sudi menyampaikan hadiap kepada para pemenang di pertandingan akhir.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah dirakamkan di sepanjang program pertandingan akhir tersebut dilangsungkan.


Pn Raha yang sedang termenung... suasana dirakamkan di bilik istirehat para hakim sebelum Pertandingan Akhir bermula
Ketua Hakim beristirehat di bilik jamuan para hakim
Suasana pertandingan akhir
Ketekunan barisan hakim mendengar, menilai dan menganalisa hujah dan fakta para pendebat
Barisan pendebat MRSM Alor Gajah
Barisan pendebat Masscomm A
Yang DiPertua Dewan dan Penjaga Masa
Ketua Hakim bersiap sedia sebelum memberikan ulasan pertandingan akhir
Ulasan Ketua Hakim
Ketua Hakim menerima cenderahati dari Puan Raha
Zarul yang menerima anugerah Pendebat Terbaik keseluruhan
Muhamad Khairudin yang dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir
Pasukan MRSM diumumkan sebagai Naib Johan
Pasukan Masscomm yang dianugerahkan gelaran
JUARA DEBAT PIALA REKTOR UiTM MELAKA 2013
Pasukan MRSM Alor Gajah tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Ketua Hakim

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: