Khamis, 18 Julai 2013

Ceramah "Kemanisan Ramadhan" di Sabak Bernam, Selangor

12 Julai 2013, Sabak Bernam : Satu Program Berbuka Puasa serta Kenduri Kesyukuran telah diadakan bertempat di Masjid Kampung Batu 37 Darat, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Menerusi program ini, satu program Tazkirah telah diadakan mulai jam 6.00 petang hinggalah ke jam 6.45 petang.

Program ini kemudiannya diteruskan dengan sesi tahlil, doa selamat dan seterusnya majlis berbuka puasa. Selepas selesai majlis berbuka puasa, program diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah, Solat Isya' berjemaah serta Solat Tarawikh dan Witir berjemaah.

Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan Tazkirah bertajuk, "Kemanisan Ramadhan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: