Rabu, 31 Julai 2013

Kembara Sahur Bersama Presiden ADAM di Sabak Bernam

27 Julai 2013, Sabak Bernam : Satu Program Kembara Sahur telah dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Sabak Bernam. Program ini telah diketuai oleh Pn Farhana Alham, Ketua Puteri UMNO Sabak Bernam. Turut sama menyertai program Kembara Sahur ini adalah YB Tuan Hj Fasiah Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Kembara sahur ini bermula pada jam 12.30 tengah malam dan berakhir pada kira-kira jam 3.00 pagi. Kembara Sahur bermula di Balai Polis Sabak Bernam, diikuti Balai Bomba Sabak Bernam dan juga Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam. Di Baitul Ehsan ini Sdr Syamsul telah diminta menyampaikan Tazkirah Ramadhan kepada semua yang hadir termasuklah petugas serta penghuni Baitul Ehsan ini. Beliau telah menyampaikan Tazkirah bertajuk "Kemanisan Ramadhan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: