Khamis, 25 Julai 2013

Ceramah Motivasi "Ramadhan Dihayati" di Balai Polis Trafik, Klang Selatan

25 Julai 2013, Klang : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan bertempat di Balai Polis Trafik Klang Selatan, Klang. Program Ceramah ini telah diadakan bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Program Ceramah ini berlangsung mulai jam 2.00 petang hingga ke jam 4.00 petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan Dihayati, Sinar Syawal Dinanti". 

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: