Khamis, 18 Julai 2013

Forum "Terawikh vs Almond London" di SME Corp, Kuala Lumpur

18 Julai 2013, Kuala Lumpur : Satu Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih telah diadakan di Serambi Musollah, Aras 7B di Bangunan SME Corp. Kuala Lumpur. Program ini dimulakan dengan program Forum Perdana yang berlangsung mulai jam 6.00 petang hingga ke jam 7.15 malam.

Program Forum Perdana ini berlangsung dengan suasana meriah dengan tajuk "Terawikh vs Almond London". Program Forum Perdana ini telah menampilkan En Hisyam selaku Moderator, manakala ahli-ahli panel terdiri daripada Tn. Syed Mohd Faris bin Syed Roslan iaitu Imam Muda Faris sebagai Ahli Panel Pertama dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail,  Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang bertindak selaku Ahli Panel yang kedua.

Yang mencuri perhatian, di dalam program Forum ini juga pelakon terkenal tanahair iaitu Sdr Rosyam Nor turut sama mengikuti program Forum ini dari awal hingga ke akhir.

Rosyam Nor

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: