Khamis, 25 Julai 2013

Ceramah Motivasi "Ramadhan Dihayati" di SK Kiaramas, KL

25 Julai 2013, Kuala Lumpur : Satu Program Iftar Jama'ie bersama anak-anak yatim dari Rumah Ummi Atiqah, Nur Kasih Bestari dan SK Kiaramas telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Kuala Lumpur.

Program ini bermula dengan program Ceramah, diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib berjemaah dan diakhiri dengan program penyampaian bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim yang diraikan.

Bagi program ceramah, penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan yang Dihayati". Beliau berceramah mulai jam 6.00 petang hingga ke jam 7.00 malam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: