Ahad, 21 Julai 2013

Ceramah Motivasi Pengucapan Awam (Penceramah) anjuran JAIM


20 Julai 2013, Melaka : Satu Program Ceramah Motivasi "Pengucapan Awam : Khusus Buat Penceramah" telah diadakan bertempat di Hotel Avillion, Bandaraya Melaka. Program ini diadakan khusus buat Guru-Guru Takmir seluruh Negeri Melaka bagi mempertajamkan kemahiran guru-guru ini didalam memperbaiki mutu penyampaian di dalam siri ceramah mereka masing-masing.

Program ini telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM). Program ceramah berkenaan berlangsung mulai jam 5.00 petang hingga ke jam 7.00 malam.

Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips serta panduan telah dikongsikan kepada sekelian Guru-Guru Takmir yang telah berkesempatan hadir. Program ini telah disempurnakan majlis perasmian penutupnya oleh YBhg Datuk Hj Yaakub bin Md Amin, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR