Rabu, 11 Februari 2009

Melayu Perlu Bersatu Menentang Penderhaka !!!

DULU-DULU ….


Dahulu ketika di awal pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Perak, kita merasakan betapa kurang ajarnya Karpal Singh apabila mempersoalkan titah DYMM Sultan Perak yang mengarahkan Menteri Besar Perak menarik balik arahan pertukaran Yang DiPertua Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Sikap biadap Karpal ini seolah mencampuri urusan pentadbiran Agama Islam di negeri Melayu.Siapa Karpal Singh untuk mempersoalkan titah Sultan Perak?..Apa sumbangan dia kepada negara ini?..Pemimpin-pemimpin Melayu terutama dalam pakatan pembangkang hanya mendiamkan diri sajakah selepas seorang bukan Melayu mempersoalkan titah rajanya?..Menteri Besar Perak, Ir Nizar juga turut mendiamkan diri. Adakah beliau bersetuju dengan tindakan sahabatnya dalam pakatan pembangkang ini?..Inilah akibat daripada kuasa Melayu yang semakin terhakis dan orang-orang bukan Melayu sudah berani mempersoal dan mencampuri urusan pentadbiran orang-orang Melayu..Sejauhmana penghinaan ini masih dapat diterima oleh orang-orang Melayu dan apakah tindakan selepas ini?..Melayu terkenal dengan kesetiaan kepada rajanya dan raja serta rakyat berpegang dan memahami konsep 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah’. Tindakan Karpal jelas menghina dan mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada rakyat.


ISU TUMBANGNYA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PERAK

Belum pun reda kemarahan orang Melayu terhadap kelancangan Karpal Singh mempersoalkan kuasa Sultan Perak, kini timbul lagi kekecohan baru apabila Karpal Singh ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Sultan Perak ekoran tumbangnya Kerajaan PR di Perak.

Kalau ikut kemarahan bangsa Melayu kepada sesiapa saja yang menderhaka kepada Raja Melayu dan jika negara kita ini tidak mempunyai undang-undang seperti di zaman dahulu, mungkin telah lama mereka yang menderhaka kepada Raja telah kita kirimkan ke suatu tempat untuk mereka berehat dalam keamanan.

Namun kita masih mempunyai undang-undang. Malah ada yang menyarankan agar Nizar di buang negeri adalah wajar. Tidaklah perlu dipertikaikan siapa yang menyaran perkara berkenaan, tetapi yang lebih penting yang menyarankan perkara tersebut pastinya adalah anak melayu yang hidup berbudaya beraja, beliau juga mempertahankan hak budaya Melayu yang turun temurun hidup berbudayakan beraja.

Saranan ini perlu di pertimbangkan. Jika Nizar menderhaka kepada Sultan Perak, beliau perlu dibuang negeri dan beliau tidak layak tinggal di Perak kerana Perak adalah negeri yang beraja. Mungkin beliau boleh ke negeri-negeri yang mana Raja Negeri berkenaan mahu menerima beliau atau ke negeri yang tidak mempunyai raja seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka.

Sebagai anak Melayu, berhak memendam rasa marah, kita ketepikan pasal politik, sesiapa sahaja yang bernama Melayu berhak marah. Yang tidak marah pastinya adalah Melayu yang biadab kepada Sultan yang termakan racun pembangkang untuk membenci Sultan. Apa hak pula bangsa asing hendak pertikaikan apa yang orang Melayu luahkan, itu hak dia. Apa hak bangsa asing yang pertikaikan hak orang Melayu, ini hak kami, bukan hak bangsa asing.

Kita patut bangga kerana anak Melayu yang berani bangkit mempertahankan Raja-Raja Melayu. Kalau kita terus hipokrit takut akan populariti dalam politik menjadi luntur kerana bercakap yang benar dan memperjuangakn yang benar adalah lebih baik kita jangan berbicara mengenai masalah Melayu dan bangsa Melayu. Kita seharusnya memberikan sokongan padu kepada kepada cadangan anak melayu ini dan kita seharusnya jangan pertikaikan hak beliau untuk menyarankan agar Nizar di nyahkan dari negeri Perak.

Kita juga harus dapat membezakan antara hasutan dan juga dengan saranan, kita juga harus dapat membezakan ini adalah satu saranan yang serius yang diluahkan dengan niat, ini bukan perkara yang boleh kita permain-mainkan. Ibarat tercemarnya nama kepala Agama Islam di Negeri Perak, Ibarat tercemarnya nama baik pemimpin pertama di negeri Perak. Yang paling menyedihkan lagi, sikap kurang ajar penyokong Nizar yang sanggup menghalang kereta rasmi Sultan, ini adalah sikap yang paling biadab dan seharusnya Nizar bertanggungjawab ke atas perbuatan penyokong beliau. Apa hebat sangat ke Nizar ini, kebal sangat ke Nizar ini. Di sini kami menyokong penuh saranan agar Nizar di buang negeri.

Kalau tidak boleh hormat dengan Raja Melayu, nyah kamu dari negeri Perak Darul Ridzuan. Bukan Perak Darul Karpal Singh atau Perak Darul Lim Kit Siang. Jika dahulu sebelum kepala mereka ini di psiko oleh Anwar Ibrahim, pantang mereka jika Raja Melayu di permainkan, sekarang mereka dah sama dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Mereka penyokong PR dah sekapal dengan Karpal Singh.

Anwar Ibrahim kini bersetuju dengan tindakan Karpal meskipun ia menggugat institusi Raja Melayu

MASIH BERANGGAPAN SEBAGAI MENTERI BESAR

Nizar nampaknya berkerajaan sendiri , walaupun dihalang untuk masuk ke pejabat SUK , beliau menyatakan bahawa beliau akan terus menjalankan tugas di kesian rasmi beliau. Apakah Nizar masih tidak faham bahawa secara rasminya kerajaan pakatan rakyat telah tumbang di Perak.

Beliau mungkin boleh bertemu dengan pelabur dan bekerja dengan sesama mereka kerana kakitangan kerajaan telahpun mempunyai Menteri Besar yang baru. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya, Kita tunggu dan lihat sejauh mana Nizar masih angau dan dalam igauan . 11 bulan sebagai Menteri Besar mungkin telah merubah Nizar dan tidak lagi boleh menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi Menteri Besar.

Tanda tangan dan arahan beliau tidak lagi laku, Mana ada Menteri Besar melantik diri sendiri dan tidak mempunyai Raja. Kesian tenguk Nizar menjadi angau dan kesian juga melihat penyokong pembangkang yang tidak boleh menerima hakikat bahawa kerajaan negeri Perak sudah tumbang angkara mainan Anwar Ibrahim.

NIZAR TINGGAL DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SECARA HARAM DAN NAIK KERETA RASMI SECARA HARAM.

Nizar sebenar nya naik kereta dan tinggal di kediaman menteri besar secara haram.Apakah Nizar mahu memaksa pihak berkuasa memaksa beliau untuk keluar dari kediaman berkenaan secara paksa dan mengambil kereta secara paksa . Mengapa Nizar masih tidak faham’ Kemaruk sangat mahu jadi menteri besar, Nizar sebenarnya hanya lah ADUN pembangkang saja. DAP juga kini cuba mendajalkan Nizar dengan menyuakan Nizar untuk bertanding Parlimen Bukit Gantang kerana mereka tahu rakyat Perak terutama orang Melayu sudah tidak suka kan Nizar. Jika Nizar ada keberanian , bertanding lah parlimen Bukit Gantang , Di sana beliau boleh buktikan kepada rakyat bahawa beliau masih popular. Menteri Besar negeri atas angin lawan dengan UMNO.

Kemelut politik di Perak ini sebenarnya berpunca dari kengganan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melepaskan jawatan Menteri Besar bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat Perak dan Malaysia. Saya percaya ia juga menjadi tumpuan dunia, khususnya negara-negara yang memang gembira melihat Malaysia tidak aman. Kemelut ini sebenarnya tidak sukar dirungkai jika Nizar melepaskan jawatan seperti yang dititahkan oleh Paduka Seri Sultan Perak. Tetapi Nizar terus mengusutkan keadaan dengan menganggap dirinya masih sebagai Menteri Besar (MB) sekalipun MB baru sudah dilantik. Sultan Perak, dengan berteraskan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, menitahkan Nizar dan semua anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) meletakkan jawatan setelah beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Titah ini ditentang oleh Nizar.

Adakah Nizar lupa bahawa selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), Sultan Perak berkenan melantik beliau sebagai MB sekalipun Barisan Nasional pada waktu itu adalah parti tunggal memenangi 28 kerusi dan Pas hanya mendapat enam kerusi. Sultan berkenan melantik beliau kerana adanya sokongan PKR dan DAP walau pun tidak ada gabungan resmi antara mereka seperti BN.BN tidak mempertikaikan titah Sultan melantik Nizar.

Kini setelah Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti, memang tepat sekali titah Sultan Perak untuk beliau melepaskan jawatan dan baginda memberi perkenan kepada BN membentuk kerajaan negeri.

Kenapa titah ini diingkari oleh Nizar? Memang manusia mudah lupa. Sebagai orang Melayu rakyat Perak, saya sangat kesal dan dukacita dengan sikap Nizar yang ingkar dengan titah Sultan dan angkuh menunjukkan kedegilan.

Kepada beliau saya ingin menekankan dua perkara:

PERTAMA : QADA DAN QADAR

Sebagai seorang Islam dan menjadi anggota parti yang dikatakan memperjuangkan Islam, saya percaya Nizar percaya kepada Qada dan Qadar. Ini adalah salah satu Rukun Iman. Segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Allah menetapkan Nizar menjadi MB dan 11 bulan kemudian terlepas jawatan itu.

Allah memberi nikmat dan kuasa kepada seseorang dan Allah jua yang berkuasa menariknya. Hakikat ini mesti diterima.Jika Nizar tidak mahu menerima Qada dan Qadar ini, saya mohon kepada pemimpin-pemimpin Pas yang lain memberi nasihat kepada beliau, bukan mengapi-apikan. Jangan menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan kesesuaian diri.

KEDUA : TAAT KEPADA PEMERINTAH

Taat kepada Allah dan Rasul adalah intipati utama ketaatan seorang Islam. Namun Islam juga menuntut kita taat kepada pemerintah. Jelas perbuatan Nizar bukan sekadar tidak taat kepada pemerintah tetapi beliau telah menunjukkan perlakuan derhaka. Orang Melayu pantang derhaka.

Malah Nizar dikatakan mahu menyaman Sultan Perak. Namun beliau menafikan dan menyatakan tindakan itu diambil oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh, tanpa berunding dengannya. Tetapi saya masih menunggu Nizar membantah tindakan Karpal dan mengarahkan beliau menarik balik saman.

Nizar adalah orang Melayu yang wajar taat kepada Sultan. Saya sukar memahami kenapa beliau ingkar titah Sultan. Beliau bukan calang-calang orang tetapi seorang berpendidikan tinggi dengan gelaran jurutera (mungkin dapat biasiswa BN ketika belajar dulu).

Oleh itu beliau tentunya boleh berfikir dengan matang dan tidak membiarkan dirinya diperalatkan orang lain sehingga sanggup menghina Sultan.

Saya amat sedih dengan sikap tidak hormat yang ditunjukkan kepada Sultan dan Raja Muda Perak ketika demonstrasi berhampiran Istana Iskandariah Jumaat lalu sehingga kenderaan yang membawa Raja Muda dihalang oleh perusuh, termasuk berbaring di atas jalan.

Perbuatan ini amat biadab. Sedihnya, rata-rata mereka yang bersikap biadab ini adalah orang Melayu. Sultan adalah payung negeri yang sentiasa dihormati oleh orang Melayu dari dahulu hingga kini. Jangan biarkan rasa hormat ini dihakis oleh siapa pun, apatah lagi oleh orang Melayu sendiri.

Jika ia dibiarkan terhakis, saya bimbang kata-kata Hang Tuah ”Tidak Melayu Hilang di Dunia” akan hanya tinggal kata-kata sahaja. Saya percaya Nizar akan lebih dihormati jika beliau akur dengan titah Sultan dan berundur secara terhormat. Beliau masih punyai masa panjang dalam politik. Jangan putus asa dan mengikut perasaan yang boleh merosakkan nama baik sendiri.

Saya sekali lagi dengan rendah hati mengingatkan Nizar ingatlah kepada Qada dan Qadar Allah serta taatlah kepada pemerintah. Renungkanlah perkara ini dengan penuh keinsafan dan berfikirlah dengan bijaksana. Ingatlah fikir itu pelita hati.

KRONOLOGI INSIDEN CUBAAN BEKAS MENTERI BESAR PERAK MASUK KE PEJABAT RASMI MENTERI BESAR

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tempoh hari dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Beliau yang hadir bersama-sama dengan bekas Exco kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat, termasuk Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP, tiba dengan beberapa buah kereta pada 11 pagi dan disambut oleh kira-kira 40 penyokong.

Kemudiannya, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias menasihatkan Mohammad Nizar dan kumpulannya supaya bersurai kerana kehadiran mereka akan menyebabkan kesesakan trafik.Beliau bagaimanapun meninggalkan pintu masuk utama bangunan SUK 15 minit kemudian.Nizar berkata beliau akan tetap menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dari kediaman rasminya.Beliau mendakwa yang beliau dijadual mengadakan perjumpaan dengan pelabur di pejabatnya pada setiap Selasa dan kini beliau terpaksa menyusun semula jadual temu janji itu.

“Kami akan menjalankan tugas dari kediaman menteri besar dan cuba menyusun semula sesetengah temu janji itu,” katanya.Ditanya sama ada beliau akan cuba datang balik esok untuk masuk ke pejabat, Mohammad Nizar berkata beliau tidak akan berbuat demikian.Minggu lalu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional (BN).Bangunan SUK dikawal ketat ketat pihak polis termasuk anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).Dua trak FRU turut ditempatkan di hadapan bangunan SUK.

KESIMPULAN TRAGEDI …..

Mudahnya insden dan tragedi ini tidak pernahpun terlintas di dalam fikiran kita akan berlaku. Namun, ia telah pun terjadi tanpa dapat kita memikirkan kerasionalan tindakan-tindakan tersebut. Cuma di sini, saya bersyukur kerana ramai telah mula sedar kerana Pakatan Rakyat sudah mula menyerlahkan siapa diri mereka yang sebenar.

Lebih mendukacitakan, kita melihat karpal Singh yang ingin menyaman Sultan Perak, tetapi orang Melayu pula yang berdemonstrasi di perkarangan Istana hingga sanggup menghalang kenderaan rasmi Raja Muda Perak. Apa erti ini semua? Di mana nilai dan maruah Melayu?

Apa pun siapa yang bergelar Melayu di Negara ini pasti akan berasa kecewa dengan peristiwa ini. Dan tidak cukup dengan kecewa pastinya marah dan berang dengan penghinaan terhadap Sultan yang memayungi institusi Beraja di negara ini.

Maka insaflah orang Melayu, saksikanlah betapa perpaduan rakyat khususnya Melayu perlu segera diwujudkan demi menjaga kedaulatan serta keamanan negara yang kita cintai.....



Disediakan oleh :

Syamsul Amri Hj Ismail

Pengerusi Blog ADAM

Tiada ulasan: