21 Februari 2009 - Pertandingan Debat Naib Canselor UMT telah berlangsung dengan meriah di Universiti Malaysia Terengganu. Pertandingan kali ini buat pertama kalinya di sertai oleh 24 pasukan bagi kategori Bahasa Melayu dan 14 Pasukan bagi kategori Bahasa Inggeris. Pertandingan ini tiba ke kemuncaknya pada 20 dan 21 Februari 2009.
Saudara Syamsul telah tiba di Kuala Terengganu tepat jam 4.30 pagi pada 20 Februari 2009. Dan terus sahaja menjadi hakim pertandingan mulai jam 9.00 pagi. Ketika ditemubual, beliau memberikan ulasan berikut, "Saya benar-benar berpuashati dengan potensi bakat-bakat baru yang ditonjolkan, namun agak sayang jika bakat ini tidak digarap dengan lebih lanjut agar mereka boleh memberikan saingan di peringkat Universiti nanti. Jika ini tidak diambil perhatian maka, mereka yang berbakat akan berakhir pencapaian nya di dalam Universiti sahaja".
Semoga UMT berjaya di dalam usahanya melahirkan bakat-bakat baru.
Sekian dan terima kasih
- Editor -
Antara aksi yang ditonjolkan oleh pendebat-pendebat baru UMT Antara Pendebat-Pendebat bukan Melayu yang turut mengambil bahagian Pendebat yang berusaha bersungguh-sungguh meskipun baru di dalam dunia debat ini Pendebat wanita merupakan pendebat yang paling ramai di dalam pertandingan kali ini. Antara hakim yang mengadili pertandingan, sedang menikmati makan tengahari Saudara Rais yang baru pulang dari US turut sama mengadili pertandingan Shahira dan Maizah (bekas pendebat UMT) yang turut memberikan kerjasama sebagai Pengadil Azrul, Syahirah dan Amni antara yang menikmati Sotong Celup Tepung pada petang sebelum Pertandingan Akhir bersama-sama Uzir, Maizah, Rais, Syamsul dan Hanif Hanif dan Syamsul melepaskan lelah di tepi pantai bagi menikmati Sotong Goreng Tepung, Keropok Lekor, Laksa dan sebagainya. Terima kasih kepada Rais yang belanja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan