Selasa, 5 Mei 2009

Seminar Kepimpinan di Akademi Pembangunan Belia PD

Pada 5 Mei 2009, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Eksekutif Latihan, Intellectual Orator Consultant (IOC) telah sekali lagi dijemput bagi meyampaikan ceramah di Seminar Kepimpinan anjuran Akademi Pembangunan Belia Port Dickson. Pada sesi seminar kali ini Saudara Syamsul diminta menyampaikan dua slot iaitu; "Analisa Kendiri" serta "Konsep Kepimpinan".

Ceramah beliau yang berkisarkan kepada pentingnya pemimpin mengenal kekuatan serta kelemahan diri dan begitu juga menggalakkan pemimpin agar mengenali kekuatan serta kelemahan diri sejajar dengan konsep analisis SWOT iaitu meliputi Strength, Weaknesses, Opportunities dan Threat di dalam mereka memimpin organisasi mereka khususnya buat organisasi MPP di IKBN Bachok, Kelantan.

Saudara Syamsul meyampaikan ceramah mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Ceramah beliau yang diselang-selikan dengan unsur-unsur lelucon membuatkan para pelajar menyatakan kemungkinan mereka akan mempelawa Saudara Syamsul untuk menyampaikan seminar di Kelantan pula suatu hari nanti.



Senarai Ahli Kepimpinan MPP dan JK Surau IKBN Bachok, Kelantan

Kesemua peserta mengambil peluang bergambar bersama Saudara Syamsul

DISEDIAKAN OLEH : EDITOR BLOG

Tiada ulasan: