Ahad, 4 Julai 2010

Ceramah "Pembentukan Personaliti & Imej Guru" di Klana Resort, Seremban

Pada 3 Julai 2010, telah berlangsungnya satu ceramah bersempena Hari Koperasi Sekolah Menengah Seri Ampangan. Ceramah ini telah diadakan pada jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Ceramah yang berlangsung selama dua jam ini telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah telah berlangsung di Hotel Klana Resort, Seremban.
.
Saudara Syamsul telah menyampaikan ceramah yang bertajuk "Pembentukan Personaliti & Imej Guru". Ceramah yang disampaikan secara santai dan bersahaja ini telah berjaya menarik minat para guru yang tidak berganjak di tempat duduk masing-masing mendengar dengan tekun dan fikus sehingga selesai ceramah dijalankan.
.
Tahniah diucapkan kepada penaung iaitu Puan Pengetua, Penaung serta AhliAhli Lembaga pengarah Koperasi yang telah mengendalikan program ini dengan jayanya.
.
Fokus dan tekun mendengar ceramah yang disampaikan
Tetap dengan teknik santai dan bersahaja
Setiap intipati disampaikan dikaitkan dengan realiti kehidupan bergelar guru
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: