Ahad, 4 Julai 2010

Selamat Pengantin Baru Wanda & Izan !!

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
.
IRWANDA & IZAN
3 JULAI 2010
.
Pada 3 Julai 2010 telah berlangsungnya majlis perkahwinan Saudara Irwanda dan Isteri Puan Izan. Majlis telah dilangsungkan dengan cukup meriah bertempat di Dewan Maktab Polis DiRaja Malaysia, di Cheras. Persandingan yang bermula pada jam 12.00 tengahari ini telah dihadiri oleh saudara mara serta rakan-rakan sekerja yang kebanyakannya datang daripada Mahkamah Persekutuan Putrajaya serta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memandangkan kedua-dua mempelai ini turut bertugas di Mahkamah Putrajaya.
.
Turut hadir Saudara Syamsul Amri Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang mula mengenali kedua-dua mempelai ketika Seminar yang yang dijalankan oleh PUSPANITA Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada bulan Disember 2009 yang lalu.
.
Dengan ini EDITOR yang mewakili ADAM mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Irwanda dan Izan dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
.
Saudara Syamsul merkamkan gambar bersama mempelai ketika baru tiba
Bergambar kenangan sebelum Saudara Syamsul berangkat pulang ke Seremban
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: