Isnin, 12 Julai 2010
Program "Studython" Asrama Sekolah Dato' Undang Musa Al-Haj (STDUMA)
Program Motivasi "Studython"
Untuk Pelajar-Pelajar Yang Bakal Menghadapi Peperiksaan
PMR, SPM dan STPM
anjuran
Sekolah Menengah Dato' Undang Musa Al-Haj (STDUMA)
9 Julai 2010 - 11 Julai 2010
bertempat di
Taman Malaysia, Lake Garden, Seremban
.
Satu program telah dianjurkan oleh pihak STDUMA khusus buat pelajar-pelajar yang tinggal di asrama STDUMA (ASDUMA) yang bakal menghadapi peperiksaan pada tahun 2010 ini. Para pelajar ini bakal dipantau pencapaian serta prestasi semasanya bermula daripada awal tahun sehinggalah ke saat mereka menghadapi peperiksaan sebenar.
.
En Faizal selaku salah seorang guru yang bertanggungjawab mengelolakan program ini benar-benar berharap para pelajar yang hadir ke program ini dapat mencungkil keupayaan diri di dalam diri mereka agar mampu tampil mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang.
.
Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah dijemput untuk slot terakhir iaitu pada 11 Julai 2010 mulai jam 10.30 pagi dengan tajuk "Aku Mampu Berjaya Seperti Orang Lain...". Tajuk ini telah disampaikan dengan cukup menarik sehinggakan para pelajar yang mengikuti slot ini merasa tidak puas mengikuti ceramah yang disampaikan.
.
Saudara Syamsul ketika ditemubual selepas sesi ini menyatakan, "Sebenarnya, apa yang lebih penting para pelajar dapat membuka mata dan minda mereka terhadap realiti hidup sebenar pada hari ini. Dewasa ini, jika mereka tidak menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh, mereka akan tercicir. Apabila mereka tercicir, mereka pastinya tidak akan mampu bersaing dengan orang lain bagi mengejar cita-cita serta mengatasi hidup yang serba mencabar pada hari ini. Hidup hari ini mementingkan keupayaan modal insan yang cemerlang. Dengan itu, kelulusan dan pencapaian akademik tidak dapat tidak perlu diraih demi kelangsungan hidup."
.
Slot ini telah ditutp dengan rasminya pada jam 1.00 tengahari dan para pelajar kemudiannya bersurai pulang ke asrama di STDUMA. Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah di atas kesungguhan para guru yang mengilhamkan program ini demi pembangunan pelajar di sini. Semoga usaha berterusan ini bakal membuahkan kejayaan buat sekolah.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar ketika sesi ceramah Saudara Syamsul, untuk tatapan semua
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Prog bijak. Teringat ms study dulu. STDUMA mmg amik berat ttg study students kat sane terutama penghuni hostel
Catat Ulasan