Selasa, 13 Julai 2010

Program "Table-Talk" Bersama Pertubuhan NGO oleh Jabatan Penerangan

13 Julai 2010, SEREMBAN - Satu program perbincangan melalui "Table-Talk" telah diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia, Seremban. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Program ini telah dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Hj Hashim bin Hj Bedu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan serta Y.Bhg En Zaini bin Mohamad, Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Komuniti, Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Program ini telah dihadiri oleh ramai wakil-wakil NGO di antaranya, Persatuan Sejarah Negeri Sembilan, Persatuan Pemandu Teksi Negeri Sembilan, Persatuan Kwang Tong, Persatuan Majlis Belia Negeri Sembilan dan banyak lagi. Yang mencuri perhatian pastinya wakil Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang turut menyertai program diskusi ilmiah ini.
.
ADAM telah diwakili oleh dua wakilnya iaitu Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden ADAM serta Saudara Hanif Osman, Ahli Jawatankuasa Tertinggi ADAM.
.
Program ini telah berlangsung dengan rancaknya di mana wakil-wakil setiap pertubuhan akan dipecahkan kepada 5 meja dan perbincangan akan berlangsung secara santai bagi bertukar-tukar fikiran berkaitan pelbagai isu semasa secara terbuka tanpa mengira batas kaum, agama, bangsa dan keturunan. Perbincangan terbuka ini berjaya mewujudkan suasana harmoni dengan masing-masing melontarkan idea dan pandangan berkaitan setiap isu yang ditimbulkan.
.
Saudara Syamsul berasa bertuah kerana beliau telah berpeluang ber'diskusi' di meja utama bersama Tn Hj Hashim bin Hj Bedu serta bersama En Zaini Mohamad dan lain-lain ahli kerana terdapat sebegitu banyak input yang dapat diketengahkan serta dikongsi bersama.
.
"Bukan setakat input sahaja, terdapat juga idea-idea serta cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan berkaitan sesuatu isu yang mampu menjadi salah satu platform yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan", tambah Saudara Syamsul lagi.
.
Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan ini bertujuan mendekati kumpulan sasaran (secara bersemuka) di mana isu-isu berbangkit akan dibincangkan secara lebih terbuka dan telus. Perjumpaan dengan individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan isu/hal ehwal semasa penting bagi memperoleh maklumat yang lebih jelas dan menyeluruh.
.
Di samping itu, program ini dilihat mampu mewujudkan hubungan akrab dan silaturrahim antara pemimpin-pemimpin NGO dan pegawai-pegawai Jabatan. Kelihatan YBhg En Zaini (enam dari kiri), Tn Hj Hashim (berbaju hitam di tengah) serta Sdr. Syamsul (di sebelah Tn Hj Hashim) bergambar sebaik sahaja selesai program
.
Program ini telah dimulakan pada jam 3.00 petang di Hotel Seri Malaysia, dimana ia dijalankan secara santai sambil masing-masing menikmati jamuan. Perbincangan ala 'tidak formal' ini telah menampakkan kesan yang luar biasa di mana semua pihak berlumba-lumba mengutarakan pandangan serta pendirian masing-masing berkaitan setiap isu yang ditimbulkan.
.
Di antara isu yang dibincangkan adalah; Gagasan 1 Malaysia, Ketrampilan serta Imej Cemerlang YAB perdana Menteri Malaysia, Sistem Penyampaian Kerajaan (Delivery System), Isu keselamatan masyarakat berkaitan kes jenayah, NKRA, RMK 10, Model Baru Ekonomi (MBE) dan lain-lain lagi.
.
Kelihatan Sdr. Hanif Osman (lima dari kanan), yang sempat juga bergambar sebaik sahaja selesai program
.
Program perbincangan 'Table-Talk' ini telah berlangsung 2 jam di mana hanya berakhir pada jam 5.30 petang.
.
Apa pun pihak EDITOR dengan ini mengucapkan jutaan tahniah buat pihak Jabatan Penerangan Negeri Sembilan di atas usaha serta inisiatif yang baik ini. Adalah diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Dengan cara ini idea, respon serta maklumbalas rakyat akan dapat diperolehi secara jelas tanpa ragu bagi menggambarkan hasil sebenar perlaksanaan setiap dasar-dasar kerajaan.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

4 ulasan:

ikan emas berkata...

Tahniah,


dan


terima kasih !!!

Tanpa Nama berkata...

ikan emas dibawa belayar ,,bawa belayar di tengah hutan ,, hutang kerajaan bile ko nk bayar ,, jgn jdi **tan

Tanpa Nama berkata...

saya minta maaf .. ini semua hacker semata-mata

Tanpa Nama berkata...

saya ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan pihak tuan semua .. agar lebih maju di masa akan datang ..