Ceramah yang disampaikan menarik minat serta fokus para peserta
Ahad, 4 Julai 2010
Seminar Tatacara Undang-Undang & Pendakwaan di MDTM
Seminar Tatacara Undang-Undang & Pendakwaan
30 Jun 2010 - 1 Julai 2010
Majlis Daerah Tanah Merah
Kelantan Darul Naim
.
Satu seminar telah dijalankan di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) di Kelantan. Seminar ini disertai kira-kira 50 peserta yang mewakili Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Negeri Kelantan. Seminar telah dikendalikan dengan jayanya oleh pihak urusetia di MDTM yang diketuai oleh Saudara Che Khairul Azhan bin Che Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir, MDTM.
.
Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, MPN yang jug amerupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Sdr. Syamsul yang tiba pada pagi 30 Jun 2010 telah memulakan slot pertamanya pada jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi dengan tajuk "Pengenalan Undang-Undang Berasaskan Perlaksanaan di Majlis Perbandaran Nilai (MPN)". Pada jam 11.00 pagi majlis telah disambung dengan ceramah bertajuk "Akta-Akta & Undang-Undang Yang Digunapakai Oleh PBT". Slot ini telah berakhir pada jam 1.00 petang. Sebaik sahaja selesai slot ini Sdr Syamsul telah menikmati hidangan bersama-sama dengan Setiausaha MDTM serta beberapa orang pegawai yang lain di MAKULU RESTORAN. Restoran ala-ala Chinese Style ini menghidangkan jamuan yang cukup istimewa.
.
Pada sebelah petangnya Sdr Syamsul meneruskan sesi dengan slot perbincangan berkaitan tajuk-tajuk yang telah disampaikan pada sebelah pagi. Ini bagi memberi peluang kepada setiap PBT berkongsi tentang tips serta kaedah perlaksanaan tindakan dan undang-undang di PBT masing-masing. Slot ini telah dipergunakan sebaiknya oleh para peserta untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam menurut setiap aspek yang telah diperbincangkan sedari awal pagi tadi.
.
Pada sebelah petangnya Sdr Syamsul telah dibawa melawat ke beberapa tempat di daerah ini antaranya di kawasan pasar, kawasan perniagaan Bukit Bunga dan beberapa lagi tempat lain.
.
Keesokan harinya slot telah bermula pada jam 8.30 pagi di De Mawar Chalet. Di sini Sdr Syamsul telah membentangkan slot "Tatacara Undang-Undang & Pendakwaan di PBT". Slot ini telah mendapat perhatian dan hangat sehinggakan ia terpaksa dilanjutkan hingga ke selepas waktu rehat tamat. Slot ini telah dihadiri sendiri oleh YM Tengku Adli bin Tengku Abdullah, Yang DiPertua Majlis Daerah Tanah Merah.
.
Slot telah berhenti rehat untuk makan tengahari tepat jam 1.00 petang. Di sebelah petangnya, telah berlangsung satu Ceramah Motivasi bertajuk "Melahirkan Pekerja Yang Berdedikasi". Ceramah ini dijalankan dengan cukup santai dan menghiburkan serta telah menarik minat kira-kira 150 kakitangan MDTM yang mengikuti ceramah ini bermula jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.
.
Tahniah diucapkan kepada pihak urusetia yang telah berjaya melaksanakan program yang bermanfaat dan bermakna ini. Semoga usaha ini akan berterusan serta mampu mempertingkatkan prestasi setiap modal insan di seluruh PBT Negeri Kelantan ini. Mudah-mudahan...
.
Salah satu gambar yang sempat dirakamkan ketika sesi ceramah disampaikan
Ceramah yang disampaikan menarik minat serta fokus para peserta
Ceramah yang disampaikan menarik minat serta fokus para peserta
Sdr Syamsul yang berceramah dengan teknik bersahaja tanpa terikat dengan teks
Interaksi dengan peserta sentiasa dititikberatkanPelbagai aksi ditunjukkan di sepanjang sesi ceramah berlangsung
YM Tengku Adli bin Tengku Abdullah, Yang DiPertua MDTM dijemput ke hadapan bagi menyampaikan sijil dan cenderahati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan