Jumaat, 13 April 2012

Program NRE Executive Discourse : "Motivasi Keibubapaan"

13 April 2012, Putrajaya : Satu Program NRE Executive Discourse dengan tajuk "Ibu Bapa Bahagia & Berjaya Role Model Terbaik Anak-Anak" telah diadakan bertempat di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.


Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau yang berceramah buat kali ketiga di sini nyata tidak menghampakan dengan ceramah yang begitu bertenaga serta mendapat sambutan yang hangat dengan hilai tawa memeriahkan suasana dewan ceramah sini.


Sdr Syamsul menyampaikan pelbagai input-input untuk dikongsi bersama kesemua peserta yang hadir. Pelbagai kisah tauladan yang mengusik hati para hadirin turut disampaikan hingga menjadikan suasana Dewan dihidupkan dengan hilai tawa gembira para hadirin mendengar isu dan kisah yang benar-benar dekat di hati mereka.


Berikut dikongsikan gambar-gambar suasana semasa program ceramah ini berlangsung untuk tatapan semua.

Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Diyana berkata...

hahaha gila teruk punya gambar