Selasa, 24 April 2012

Seminar "I Lap U, U Lap Mi" di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sembilan


23 April 2012, Seremban : Satu Program Seminar Sehari bertajuk "I Lap U, U Lap Mi : Semakin Jauh Perjalanan Semakin Erat Tangannya Ku Genggam" telah diadakan bertempat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sembilan. Ceramah telah berlangsung di Bilik Seminar, Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Seremban.

Program ceramah ini telah dihadiri oleh kakitangan JANM Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pn. Arfah, Timbalan Pengarah JANM Negeri Sembilan. Ceramah ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips-tips keharmonian serta kemesraan rumahtangga telah dikongsi bersama sekalian peserta yang hadir. Para peserta nyata tidak bosan di sepanjang ceramah berlangsung dan ini dibuktikan dengan kehadiran penuh para peserta dari pagi hinggalah ke petang.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat penganjur terutamanya Pn Zarina di atas inisiatif menganjurkan program bermanfaat seperti ini, mudah-mudahan dengan wujudnya keluarga bahagia mampu membawa kepada impak dan kesan positif kepada mutu kerja kakitanga itu sendiri.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

12 ulasan:

zarina berkata...

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada En. Syamsul yang sudi hadir memberi ceramah pada hari tersebut. Pertama kali saya hadir kursus dari pagi hingga petang tergelak sehingga putus pankreas....tapi yang penting penceramah memang best satu minggu tak habis cerita pasal kursus ni di ofis kami.......

julia berkata...

E.. Ruginye sy xpat join.. Next year xnk la penuhkn kursus awal2.. Da xpat nk join.. Tahniah kpd penganjur sbb berjaya mengadakn kursus ini..

Aien berkata...

Best..best..best..pic sy mulanya senyum yg sopan..tp xleh tahan kantoi golak bosar lepas dgr en syamsul ceramah..dr ofis sampai rumah sy bawa ilmu ni..siap bagi teka teki dgn suami tergelak besar dia..hehe..tq kpd En.Syamsul dan Penganjur Pn. Zarina..nak join lg..

Tanpa Nama berkata...

wah wah wah...seronok sakan yea warga AG N9 nie..ke main lagi..rugi lak rasa yer x join gelak skali..Pn Zarina next year kalau ada kursus ni lagi jgn la lupakan saya ye..uhuuhuuh

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih buat Pn Zarina kerana memberi sokongan kepada saya. Saya pun seronok benar bila tengok respon para peserta kat dalam blog ni. Terima kasih di atas sokongan semua termasuklah para peserta yang setia dari pagi hingga ke petang

- Syamsul Amri bin Hj Ismail -

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah Julia. Kalau ada kesempatan yang lain, mungkin berpeluang mendengar ceramah saya pula. Mudah-mudahan...

- Syamsul Amri bin Hj Ismail -

Tanpa Nama berkata...

Eloklah macam tu. Gelak besar, tapi ikhlas. Tak yah nak kontrol-kontrol. Takut kena barah usus. He he he....Pasal teka-teki tu jangan lupa pulak susun aturnya.... Yang paling penting .... cerita pasal "PISANG" tu !

- Syamsul Amri bin Hj Ismail -

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah, jikalau ada kesempatan di lain masa... bolehlah turut serta. Saya pun dah rasa bertuah sangat diberi peluang berceramah kali pertama untuk JANM Negeri Sembilan...

- Syamsul Amri bin Hj Ismail -

Adinawani Anuar berkata...

Syabas dan Taniah kepada En. Syamsul Amri Bin Hj Ismail di atas penyampaian dan penampilan gaya yang membuatkan kami warga kerja AG tak rasa 'Boring' di sepanjang kursus. Terimakasih juga di atas ilmu-ilmu yang diberi. Jika ada rezeki kami berharap En. Syamsul Amri sudi datang lagi.

Nazatul Nasha berkata...

Syabas dan Tahniah kepada En. Syamsul Amri bin Hj Ismail di atas penyampaian yang diberikan dgn gaya tersendiri (tidak boring) Insyaallah mudah2an apa yang disampaikan itu boleh memberi peringatan dan pengajaraan kepada kami. Semoga ilmu yang diberikan itu sama-samalah kita lakukan mudah2an juga ia akan memberi kebahagian untuk kita semua. Jika ada rezeki mungkin kitakan bersua lagi dengan topik yang lain pulak ye....

Tech Ehsan berkata...

nnt boleh lah request lg kursus cam ni kt AGNS, n pastikan semua warga AGNS dtg... adanya kursus seperti ini hilang tension di kepala ni jap... apa-apa pun tahniah lah buat penceramah yg telah berjaya menghilangkan tension-tension yg sedia ada... jgnlh jemu dtg kat AGNS lg ok...

Sharinie berkata...

terbaeeekkkk..thumbs up and credit to Mr. Senior Syamsul Amri..next time come again...mmg best laa motivation nie... :)