Isnin, 16 Julai 2012

Bengkel Debat di UiTM Kuala Pilah (Album 1)

Bengkel Debat Ala Parlimen Malaysia
14 Julai 2012 - 15 Julai 2012
Universiti Teknologi MARA
Kampus Negeri Sembilan, Kuala Pilah

Satu Bengkel Debat telah diadakan bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Negeri Sembilan di Kuala Pilah. Program ini berlangsung selama dua hari dan disertai hampir 35 orang pelajar pelajar yang merupakan pendebat baru di UiTM Kuala Pilah. Program ini merupakan inisiatif dan usaha yang dimainkan oleh Puan Sharifah Sheha Syed Aziz Baftim dan Cik Amy yang merupakan Penasihat Kelab Debat dan Pidato UiTM.

Program Bengkel dua hari ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Program telah dimulakan pada 14 Julai 2012 dengan sesi pertama iaitu Penerangan berkaitan "Syarat-Syarat dan Peraturan Debat Ala Parlimen Malaysia" yang berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 5.30 petang. Menerusi sesi ini para peserta didedahkan dengan format, syarat, peraturan segala pertandingan debat di Malaysia serta pemfokusan terhadap format Debat Ala Parlimen Malaysia yang biasa digunakan di kebanyakan pertandingan di peringkat Universiti di Malaysia.

Program kemudiannya bersambung pada 15 Julai 2012 dengan sesi di sebelah pagi bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang iaitu penerangan berkaitan "Teknikal dan Tatacara Perdebatan Debat Ala Parlimen Malaysia". Menerusi slot ini para peserta diterangkan dengan teknikal perdebatan sebenarnya serta kesilapan-kesilapan yang biasanya dilakukan oleh pendebat ketika pertandingan sebenar berlangsung.

Di sebelah petangnya pula program bersambung dengan "Mock Debate" di antara beberapa pelajar yang telah dipilih untuk menilai tahap kefahaman para peserta terhadap bengkel yang telah dijalankan.

Sebaik sahaja sesi "Mock Debate" ini tamat, Sdr Syamsul Amri telah membuat kesimpulan serta memberikan nasihat, dorongandan perangsang kepada para peserta agar berazam untuk terus melangkah ke hadapan bagi mencipta kejayaan dan mengharumkan nama UiTM di persada debat tanahair.

Majlis penutupan serta penyampaian cenderahati kemudiannya telah disempurnakan oleh Cik Amy.

Sekalung ucapan tahniah dan syabas buat Kelab Debat dan Pidato UiTM Negeri Sembilan di bawah bimbingan Pn Sharifah Sheha dan Cik Amy dengan inisiatif serta usaha menjayakan program seperti ini.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

(Album 1)
Penerangan berkaitan : "Syarat-Syarat & Peraturan Pertandingan Debat Ala Parlimen"


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: