Ahad, 29 Julai 2012

Ceramah "Bengkel Debat & Latihan" di UiTM Kuala Pilah

28 Julai 2012, Kuala Pilah: Satu lagi bengkel dan latihan debat untuk Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Teknologi MARA Kampus Negeri Sembilan di Kuala Pilah. Program ini bermula daripada jam 2.30 petang hinggalah ke jam 6.30 petang.

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah sudi turun untuk membantu semua pendebat yang rata-ratany merupakan pendebat baru.

Setibanya di sana, Sdr Syamsul memulakan sesi dengan memberikan sedikit taklimat dan kemudiannya program latihan ini bersambung dengan sesi 'mock-debate' bagi memastikan sejauh mana para pendebat boleh memahami isikandungan bengkel-bengkel yang telah dijalankan sebbelum ini.

Semua peserta yang hadir terlibat di dalam mock debate ini tanpa ketinggalan walau seorang pun.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: