Isnin, 16 Julai 2012

Ceramah Motivasi Guru SK Tmn Desa, Rawang (Album 1)

Ceramah Motivasi
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
"Pembentukan Imej & Personaliti"
14 Julai 2012
Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Rawang

Satu Ceramah telah diadakan bertempat di SK Taman Desa, Rawang sebagai sebahagian daripada program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Program ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Ceramah ini dihadiri oleh majoriti guru-guru yang berkhidmat di SK Tmn Desa, Rawang ini.

Program ini telah turut dihadiri oleh Tuan Semhuri, Guru Besar SK Tmn Desa, Rawang. Ceramah yang berlangsung selama 2 jam ini, telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau yang menyampaikan ceramah dengan cukup bersahaja ini telah menggamatkan suasana bilik ceramah dengan pelbagai kisah teladan untuk renungan semua.

Dengan ini EDITOR dengan sukacitanya ingin berkongsi gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

(Album 1)


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: