Selasa, 10 Julai 2012

Ceramah Pengahayatan 1Malaysia Kg. Kanchong

8 Julai 2012, Rantau : Satu Program Ceramah Penghayatan Konsep 1Malaysia telah diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg. Kanchong di Rantau. Program Ceramah ini telah turut dihadiri Tn Hj Shamsudin Hj Khamis (Pengerusi K1M Kg. Kanchong), En Shably Arshad (Pegawai Penerangan Daerah Seremban), Tn Hj Nurashid Osman (Pegawai Pertanian Daerah Seremban) dan Tn Hj Alias Sidek (Pengerusi JKKK Kg Kanchong).

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah telah berlangsung mulai jam 3.00 hingga 5.00 petang. Menerusi majlis ini juga penduduk telah diagihkan dengan benih-benih Pokok Nangka Madu yang disampaikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Seremban.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: