Rabu, 18 Julai 2012

Ceramah Anjakan Paradigma di IKBN Chembong


18 Julai 2012, Rembau: Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan bersempena dengan Minggu Anjakan Paradigma dan diadakan khusus buat pelajar-pelajar baru di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong, bagi sesi kemasukan Julai 2012. Program ceramah ini berlangsung di Dewan Besar IKBN Chembong di hadapan kira-kira 220 orang pelajar-pelajar baru.

Program Ceramah Motivasi ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam.

Turut hadir ke program ini ialah Ustaz Abd Hakam, Ustazah Normawati, En Kamarul Anwar (Ketua Fasilitator) dan beberapa orang kakitangan IKBN Chembong yang terlibat selaku urusetia program.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: