Selasa, 17 Julai 2012

Demonstrasi Debat di UiTM Kuala Pilah


17 Julai 2012, Kuala Pilah : Satu program "Demonstrasi Debat" telah diadakan bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Negeri Sembilan di Kuala Pilah. Program ini diadakan bagi tujuan mendedahkan para pelajar di UiTM Negeri Sembilan tentang Teknikal Perdebatan Debat Ala Parlimen Malaysia.

Program ini merupakan anjuran Kelab Debat & Pidato UiTM Negeri Sembilan dengan dikoordinasikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Program ini bermula hanya pada jam 10.00 malam memandangkan para pendebat 'terperangkap' di dalam kesesakan lalulintas kerana ramai daripada pendebat ini datang dari Kuala Lumpur atas urusan praktikal, bekerja dan sebagainya. Peserta-peserta yang terlibat dengan Demonstrasi Debat ini merupakan pendebat-pendebat daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan juga daripada Universiti Teknikal Melaka (UTEM).

Syabas dan tahn iah diucapkan buat penganjur juga tidak dilupakan kepada Penasihat Kelab Debat iaitu Pn Sharifah Sheha, Cik Amy dan sekelian AJK Kelab Debat dan Pidato UiTM Negeri Sembilan di atas usaha serta inisiatif menganjurkan program seperti ini.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

Suasana sebelum bermulanya program
Ramai yang mula memenuhi ruang dewan
Semua bersedia dengan kertas masing-masing untuk membuat catatan
Sdr Syamsul berbincang sesuatu dengan Sdr Sheqal
Cik Amy kelihatan ceria
Ada sesuatu yang dibincangkan
Usul Debat yang dicadangkan.....
Sdr Syamsul menyampaikan taklimat kepada semua sebelem bermulanya program 
Semua mendengar dengan tekun dan fokus!
Adakalanya ketawa juga.....
Ketibaan para pendebat yang bakal terlibat dalam demonstrasi debat sebentar lagi
Sementara menanti persembahan demo debat bermula ada sahaja perkara yang dibincangkan
Perbincangan selama 15 minit sebelum bermula pertandingan
Sai ceria di samping Shira
Bersedia memulakan pertandingan
Rafie selaku Yang DiPertua Dewan
Pertandingan bermula....
Cik Amy turut mendengar sehingga selesai...
Penjaga masa yang kekal bersabar....
Sdr Syamsul memberikan komentar secara keseluruhan berkaitan pertandingan pada malam ini
Semua pendebat menjamu selera
Sheqal pun turut menjamu selera!
Antara AJK yang hadir turut ceria...
Cik Amy melihat semula gambar-gambar yang telah dirakamkan...

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: