Selasa, 10 Julai 2012

Program Citra Ibadah di IKBN Chembong

Program Citra Ibadah
6 Julai 2012 - 8 Julai 2012
Di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong

Satu Program Citra Ibadah telah diadakan bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong di Rembau. Program ini disertai kira-kira lebih orang pelajar baru yang bakal memulakan pengajian mereka di IKBN Chembong ini.

Program Citra Ibadah kali ini dikendalikan oleh Syarikat Konsultan daripada MyServe and Solution yang turut mendapat kerjasama daripada pihak Intellectual Orator Consultant (IOC). Di antara tenaga penggerak program ini ialah Ustazah Normawati (IKBN Chembong), Ustaz Abdul Hakam (IKBN) Chembong, Sdr Kamaruzzaman Yaacob (IO Consultant/MyServe & Solution), Sdr Md Yusof Alias (IO Consultant/MyServe & Solution) dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) selaku penceramah utama program ini.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

Sdr Kamaruzzaman Yaacob 
(IO Consultant / MyServe & Solution) 
Sdr Md Yusof Alias 
(IO Consultant / MyServe & Solution) 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)
Ustaz Abd Hakam (IKBN Chembong)

(Album 1)

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: