Rabu, 20 Mac 2013

Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di Sendayan


19 Mac 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah diadakan bertempat di Kampung Sendayan di Seremban. Ceramah ini berlangsung bagi menyampaikan maklumat serta penerangan isu-isu semasa dalam negara untuk pemahaman orang ramai serta masyarakat setempat. Pelbagai isu disentuh serta dikupas di dalam program ini termasuklah isu nasional, isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan sebagainya.

Dua penceramah yang terlibat di dalam program ini. Penceramah pertama memulakan ceramah adalah YBhg Ustaz Habib daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ceramah kemudiannya disambung dengan ceramah kedua yang disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.

Ceramah pertama dimulakan oleh YBhg Ustaz Habib daripada JASA
Sdr Syamsul turut mendengar setiap hujahan yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Habib
Sdr Syamsul memulakan ceramahnya
Di antara yang hadir
Semua tekun dan fokus mendengar

Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

weh .. tuan,Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa melibatkan isu kebocoran gas beracun di kilang Kualiti Alam tak? mohon tuan adakan sekali debat isu ini utk membantu penduduk marhaen yg malang disana! thanks ..