Khamis, 28 Mac 2013

Motivasi Keibubapaan di PJ Perdana, Seremban


28 Mac 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah diadakan bertempat di Dewan PJ Perdana, Paroi Jaya, Seremban. Program ceramah ini dianjurkan oleh pihak KEMAS Parlimen Seremban. Program ceramah ini telah melibatkan guru-guru tabika, penyelia, pembantu, serta jawatankuasa KEMAS di kawasan sekitar.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan pelbagai input, maklumat serta panduan telah dikongsikan dengan peserta yang telah berkesempatan hadir.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bartajuk "Ibu Bapa Sebagai Role-Model". Menerusi ceramah beliau, pelbagai tips serta panduan di dalam mendidik anak-anak serta menyemarakkan suasana keharmonian berkeluarga juga telah dikongsikan bersama.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

taruhan bola online berkata...

program yang sangat bagus jika terus di jalankan akan menambah wawasan masyarakat dan membentuk masyarakat yang tahu akan banyak hal pengetahuan