Khamis, 7 Mac 2013

Motivasi "Rejuvenasi Minda" di HTJ, Seremban


5 Mac 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan" telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban. Program ceramah Motivasi ini diadakan khusus buat pegawai dan kakitangan HTJ, Seremban. Program Motivasi ini dianjurkan oleh Unit Latihan, Hospital Tuanku Jaafar. Kira-kira 200 lebih peserta telah mengambil bahagian di dalam program ini.

Ceramah Motivasi ini telah disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah menerusi 3 tajuk iaitu "Rejuvenasi Minda", "Kepimpinan Multitasking" dan juga "Pembentukan Pemikiran Strategik".

Pelbagai tips serta panduan dikongsikan bersama semua peserta yang hadir demi memantapkan keupayaan diri di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dari masa ke semasa.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Unknown berkata...

penceramah lawak giler..aku ingat kene masuk pertandingan raja lawak la..blh mng kot :0)