Ahad, 17 Mac 2013

Jamuan Makan di Kediaman Presiden ADAM

15 Mac 2013, Seremban : Satu majlis jamuan ringkas telah dianjurkan oleh Kelab Debat dan Pidato, Universti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini diadakan bersempena dengan pertemuan pendebat-pendebat baru USIM bersama jurulatih USIM iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Program ini juga diadakan bertujuan meraikan kejayaan Sdr Ikhwan Rosseli yang telah berjaya meraih gelaran Juara di dalam Pertandingan Debat Antarabangsa 2013 baru-baru ini.

Program ini telah diadakan di kediaman Presiden ADAM di Sikamat, Seremban. Pelbagai hidangan menyelerakan berkonsepkan steamboat telah dinikmati bersama-sama semua yang hadir pada malam itu. Rombongan USIM pada malam itu diketuai oleh Sdr Ikmal, Presiden Kelab Debat dan Pidato USIM.

Bersama-sama dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan pada malam berkenaan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: