Khamis, 21 Mac 2013

Motivasi "Nur Kasih" Mahkamah Kuala Lumpur

21 Mac 2013, Kuala Lumpur : Satu Program Motivasi "Membentuk Keperibadian Nur Kasih" telah diadakan bertempat di Aras 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Program ini diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur. Ceramah ini telah disertai oleh kira-kira 120 orang peserta.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah menerusi 3 slot iaitu "Dilema Ombak Rindu",  "Ke Mana Sehangatnya Asmara" dan "Petua Setia Di Hujung Nyawa". Menerusi ceramah ini Sdr Syamsul mengupas kepentingan perhubungan yang sihat dan mesra di rumah yang boleh membawa impak positif di tempat kerja.

Pelbagai tips dan panduan dikongsikan bersama para peserta yang hadir dalam suasana cukup ceria di sepanjang ceramah dilangsungkan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kursus yg mengembirakan... ketawa sampai batuk...

Mohd Asyraf Abdul Razak berkata...

we want more...we want more....ilang stress...

DikalaSenja berkata...

seronok sangat.... hiIang stress...

pink_lady berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pink_lady berkata...

sgt happening n heppy! ilang stress :))

zaCK cOmOt berkata...

letih gelak aje :D