Ahad, 10 Mac 2013

Motivasi "Perubahan Sikap" PZNS di Klana Resort, Seremban


9 Mac 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS). Program ini telah diadakan bertempat di Hotel Klana Resort, Seremban. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Perubahan Sikap Demi Kecemerlangan Masa Hadapan". Beliau berceramah dihadapan kira-kira 60 orang peserta.

Pelbagai tips serta panduan yang dikongsikan bersama para peserta berkaitan isu perubahan sikap ini. Ceramah tersebut berlangsung dalam suasana ceria di mana Sdr Syamsul menyampaikan ceramahnya seperti biasa di dalam keadaan cukup santai dan bersahaja.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.
 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: