Khamis, 14 Mac 2013

Motivasi 'Rejuvenasi Minda" & "Pengurusan Stress" di Jab. Audit Negara NS


14 Mac 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi telah dadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan. Program ceramah ini diadakan bersempena dengan program perhimpunan bulanan Jabatan ini.

Program kali ini melibatkan program ceramah Motivasi bertajuk "Rejuvenasi Minda Demi Kecemerlangan" dan juga bertajuk "Pengurusan Stress". Ceramah Motivasi ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Pelbagai tips dikongsi bersama berkaitan dengan mengapa perlu sesebuah organisasi me'rejuvenasi'kan sistem di dalam organisasi berserta dengan tips untuk mengawal stress di dalam diri setiap individu. Ceramah Sdr Syamsul berlangsung dalam suasana cukup ceria di mana Sdr Syamsul menyampaikan ceramah dengan cukup bertenaga dan bersahaja dan mendapat respon yang menggalakkan daripada para peserta.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung untuk tatapan semua.


Disediakan oleh : EDITOR

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ceramah motivasi yang amat memberangsangkan dan menghiburkan...tak sangka lak gambar den yang banyak keluar..pasti akan aplikasikan tips-tips penting untuk menjadi pekerja, ibu, dan isteri yang baik.

Tanpa Nama berkata...

Best...hilang stress... Warga Audit lebih ceria

Tanpa Nama berkata...

best...beria nak menulis doa yg nak diberi..doa supaya kita berucap, orang x tido...tapi....makcik tertipu!..

Tanpa Nama berkata...

ceramah motivasi yang happening..selain ilmu dapat, dapat buat senaman pipi jugak..sampai dah x larat nak gelak..memang best =)

Tanpa Nama berkata...

Dah lama sangat tak dengar ceramah begini. Gelak-gelak jugak, tapi banyak ilmu yang disampaikan. Contoh yang diberi adalah yang sebenarnya memang berlaku. Terasa sangat apa yang disampaikan terus lekat di kepala. Penyampaian yang sangat dekat di hati. Thanks alot Encik Syamsul. Hope kalau ada rezeki, Encik Syamsul sampai ke sini lagi untuk tajuk yang lain pula.

Tanpa Nama berkata...

Other FSX Virtual Airlines are based on real airlines, from major carriers to small operators.
It is also a good practice to make sure that none of the climbers
are more tired than the other. At this time, and in a good location, the leader should set up a few anchors and belay the second climber so he can climb
up and hand off the equipment he has been recovering. Flight - simulator flight simulation
features highly detailed time of day modeling
and can track the current computer clock time in order to correctly place the sun, moon,
stars, etc. It features its own unique economy in which players can buy and
sell things they make and so on, several real world companies are
actually getting into the game to offer services, such as H&R Block.