Isnin, 1 April 2013

Ceramah Motivasi "I Lap U, U Lap Mi" di Linggi


30 Mac 2013, Port Dickson: Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bertempat di KM Chalet, Linggi, Port Dickson. Program ini diadakan bersempena dengan Hari Keluarga anjuran Kelab Sumber Manusia, Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Ceramah bertajuk "I Lap U, U Lap Mi, Semakin Jauh Perjalanan Semakin Erat Tangannya Ku Genggam" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 10.30 malam bertempat di Surau Al-Hidayah, Km Chalet.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: