Khamis, 25 April 2013

Ceramah "Dilema Ombak Rindu" di SUK Pulau Pinang


24 April 2013, Pulau Pinang : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah dianjurkan oleh Bahagian Latihan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang. Program ini telah di adakan bertempat di Dewan Auditorium SUK Pulau Pinang di Bangunan KOMTAR yang telah disertai oleh kira-kira 300 orang penjawat awam dari seluruh jabatan di seluruh negeri Pulau Pinang.

Ceramah Motivasi Kekeluargaan ini bertajuk; "Dilema Ombak Rindu". Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Turut hadir sama ke program ini adalah Dato' Hj Mohd Yusof Wazir, Timbalan SUK Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman semua ini merupakan kali kedua Sdr Syamsul diundang berceramah di sini setelah pada bulan Februari lalu beliau diundang berceramah dengan tajuk "Rejuvenasi Minda".

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penceramah kelakar, x boring sesuai dgn tajuk dilema ombak rindu...berombak isi2 perot aku ketawa...heee

Tanpa Nama berkata...

alamak..malunya...gambar dok gelak ada la plak...banyak lak tu....hihihih