Isnin, 29 April 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di SMK Simpang Gelami, Jelebu


27 April 2013, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini diadakan khusus buat pemimpin pelajar terdiri daripada Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Pelajar.

Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Asrama SMK Simpang Gelami. Program ceramah berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.

Photo: Motivasi "Rejuvenasi Minda" di SMK Simpang Gelami, Jelebu

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: