Isnin, 22 April 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di SMK Seri Ampangan, Seremban

21 April 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan bertempat di SMK Seri Ampangan, Seremban. Program ini diadakan khusus buar para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2013 ini.

Program ceramah ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang. 

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Antara lain ceramah ini diadakan bagi menyuntik semangat para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh demi mencipta kecemerlangan yang gemilang.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best.terbaik!!!