Isnin, 1 April 2013

Ceramah "Membina Bahagia Dalam Kerjaya" di Kluang, Johor


1 April 2013, Kluang : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah diadakan bertempat di Institut Veterinar Malaysia di Kluang, Johor Darul Takzim. Program ini merupakan program anjuran Kementerian Pertanian khusus buat para pegawai dan kakitangan agensi-agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Membina Bahagia Dalam Kerjaya". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 2.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Ceramah beliau telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pendengar yang terdiri daripada kira-kira 150 orang peserta.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: