Khamis, 11 April 2013

Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di Pancor, DUN Lenggeng


10 April 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah diadakan bertempat di Kampung Pancor. Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada persediaan jentera pilhanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Di antara penceramah undangan yang telah dijemput hadir ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) dan juga YBhg Datuk Samsiah, Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Seremban.

Turut hadir sama ke program ini adalah Tuan Hj Hasan Sulan, Ketua UMNO Cawangan Pancor dan YBhg Tuan Abd Manaf Ujang, Pengerusi JKKK Kg Pancor. Kampung Pancor ini terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Lenggeng dalam Parlimen Seremban. 

Terima kasih dan tahniah buat En Shamsudin selaku Tuan Rumah di atas usaha dan inisiatif melaksanakan program seumpama ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program berkenaan berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: