Isnin, 29 April 2013

Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di DUN Rantau

28 April 2013, Rantau : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah diadakan bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta, SRJK (C) Rantau. Program ini telah berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam. Turut hadir ke program ini YBhg Datuk Abdul Ghani Hassan dan juga Tuan Shabli Idris, Pegawai Pegawai Penerangan Daerah Seremban.

Penceramah yang telah diundang bagi menghuraikan isu-isu semasa ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai kupasan isu-isu semasa telah dikongsikan bersama kesemua yang hadir.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: