Isnin, 15 April 2013

Motivasi "Rejuvenasi Minda" di SK Seremban 2B

12 April 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi khusus buat guru-guru telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seremban 2B di sini. Program ceramah ini diadakan bagi tujuan memperkasakan lagi keyakinan para guru di dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang di dalam alam persekolahan dan dunia pendidikan yang kian mencabar pada hari ini.

Penceramah undangan pada program kali ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Ceramah yang berlangsung selama dua jam ini sarat dengan pelbagai tips serta perkongsian ilmu demi pemantapan diri para peserta yang telah berkesempatan hadir.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: